Friday, January 7, 2011

Genting - strawberry park

Benda dah lama , tapi nak cerita gak. huhu

Hari ni bonda nak cerita pasal strawberry park yang ada kat genting. Korang tau tak genting dah ade park ni ... dia tiru macam cameron.... aku pon tak pernah pegi sebelum ni...padahal ummi&tok auf kan duduk kat ulu yam, dekat gileee kot dengan genting.... tapi tu lah, walaupon kamiorang duduk ulu yam .... air terjun ulu yam tu dah berkurun kami tak p mandi.... dan genting yang sekangkang kera tu pon tak berzaman kot tak pergiii....bak kata pepatah, yang dekat tinggal2 kan...yang jauh rindu-rinduan...... eh, kena mengena ke?



OK,
personal opinion aku la kan.... takde la best sgt pon.... apa yang best adalah lepak situ minum2 dalam udara yang sejuk-mejuk....manyakkk syiokkkk woooo..... Auf pon macam diam2 je dalam stroller , sebab syiokkk sejuk2 ni... hehe. Kira tahap best dia aku boleh bagi 3/5 kot. hehe. alah, lagipun masuk pon free kan. Cuma kalau nak makan strawberry ke la bayar ye puan2.


Ok,
Selain dari tu ade jugak ais krim malaysia strawberry. yang ni aku tak sempat nak rasa. sebabnya aku ni sebenarnya alergik pada sejuk. haha. so mase kat sana sejukkan, jadi mmg takde la aku nak makan benda sejuk2 lagi kan. mau kena renjatan elektrik karang. haha. tapi tertahan2 gak la tgk aiskrim strawberry dorang tu...... Dan ape yg aku cuma makan adalah strawberry cecah coklat.... itu pun sebab nak perasaan ala-ala siti nurhaliza kan. =))


Dannn.... sebelum korang melangkah keluar dari farm tu... ade la bahagian2 jual2 kat sinun. Dimana dia ade jual tumbuh-tumbuhan seperti keladi, keledek yg fresh ..... sayur2...tomato.... baju-bajan dan macam2 lagi la.

Ok, jikalau ade sesape nak pegi jalan sejuk2 tapi dekat sikit,boleh lah try pergi kesini. Takde la jauh sgt kan. dan singgah la umah parent aku kat ulu yam tu...and mana tahu aku ada disana aku folo korang g atas sana...huhu.....





:)

4 comments:

m@Ri@ said...

bestnya..tak penah ke sana lagi..

LIP (^_^) said...

ini sebelum bukit tinggi ke?

yaya+frdz+auf said...

LIP : tak... nak dari batang kali keatas. dia dekat dengan kabel car nak naik genting. dan sebelum genting sempah.

aLyNnZ said...

cam best jer yaya idea nie nak g time cuti raya cina yg agak panjang..hikhik