Thursday, August 25, 2011

Auf - Setahun 8 bulan


Hari ni setahun 8 bulan. Sekejap je dah besar kan. Tak lama lagi nak masuk umur 2 tahun dah. Dan nak bujang. huehuehue. Anak bonda ni tetap maintain slim. Kaki kurus je. keding. Bulu mata je bertahan lentik. 


1) Tahap kerajinan teserlah - Dah boleh faham apa yang kita suruh, cth dia akan rajin gila nak tolong aku angkat baju yang dah lipat dari ruang tamu letak dalam bilik. Serius rajin. Kadang tak sabar belum kita abis lipat dia dah nak angkat bawak masuk bilik.

2) Tak suka camera - penatlah hai kalau nak suruh dia bergambar ke ape. Dia tunduk kebawah je kerjanya. Muka jambu tapi malu , camne?

3) Very protective - Dia akan segera selamatkan aku kalau aku pura-pura jerit kecemasan dari dalam bilik seperti "Aufff....tolong bondaaaa" , secara automatik boleh panjat katil ok!

4) Dewasa - Suka berlagak dewasa/bujang seperti melakukan aksi-aksi seperti jalan-jalan tanpa pegang tangan lepas tu main masuk je kedai mana-mana dia suka lepas tu kalau makan taknak bahagian yang kecil nak yang besarrr aje, lepas tu minum air nak dalam cawan orang dewasa, dan lain-lain lagi.


5) Words - dah tahu sikit-sikit word macam banana(nana),papaya(papaAaa), cheese(eessee), air , dannn semua last-last semua buah berwarna kuning macam manggo dia panggil banana. :P

6) Panggilan - Dah boleh kenal mana nenek atok sume. Dah pandai panggil ayahh(ini yang paling clear), miii (ummi/nenek) maa (nek ma) toba(tokbah) yayah(tokyah)cha(T'cha) naa(che'na) Boboi (pakcik dia) dannn yang paling penting dia panggil bonda 'NENEN'. sabau je la. Situasi macam pergi kenduri kawin lepas tu orang tanya "ehhh...sapa nama ni" then dia tunjuk aku dan cakap "ni nenennn" adalah perkara biasa berlaku.

Auf kan dah minum FM. tapi kalau dengan aku dia susah sikit nak minum. Bergaduh-gaduh gak la aku nak bagi. lepas tu dia mesti nangis sedih gila sebut nenen dan aku tak sampai hati terpaksa beralah sua la jugak nens kan. Ibu aku kata dia nak lepas gian je. Sebab kalau dengan ibu aku atau tinggal dengan ayah dia ok je boleh minum susu botol. aduhai.

sayang A'uf sangat.

:)

5 comments:

Unknown said...

bab nenen tu sama la mcm Faqihah... mmg diaorg nak lepaskan gian je. hik

misha.w said...

dah besar dah auf. anak bujang. awwww..

bab nenen tuh kita serupa. kalau sha ada, jgn hrp raisya nak minum dari botol. hisap nens ni smpi rasa nak tercabot nipple ni. hahah

Ri@nna said...

sebijik mcm perangai aisy bab liapt kain tu..kadang tu klu dia tolong bwk kain masuk bilik , dpn pintu dh berterabur..
dulu mula2 aisy pnggil rin ' Nyain'. puas ajar dh pnggil mommy. tp ttp gak sebut nyain..mn dtg tah word tu...

afni+hafiz=dani said...

hehe..auf panggil bonda dia nenen plak. cute jer

Anonymous said...

haha. nenen. he's cute!