Tuesday, September 20, 2011

Balik kampung

Dah lama rasanya tak update blog ni. Asyik la alasan BZ memanjang. hehe. tapi serius weh, mmg rasa bz gilak. Rasa macam tak cukup masa je tau 24jam ni. Macam-macam nak kena buat. macam2 nak kena uruskan. Dah lah ai ni ibu bekerjaya. Ehemm... ehemm... :P

Bestkan cuti 3 hari dari jumaat. Bagi aku bila cuti lama macam ni aku rasa gembira sgt sebab dapat luang kan masa lebih pada keluarga aku dan semestinya Auf mikail.

So hari sabtu hari tu kami balik ke sabak bernam kampung cikmok untuk meraikan sepupunya sebagai pengantin baru. Kami bertolak dalam pukul 3 dari shah alam kesana. perjalanan yang tenang. Sampai dikampung orang yang paling seronok mestilah Auf mikail yang asyik berlari kesana-sini , berpeluh2 tak ingat makan dan tidur dah. Boleh tahan penat jugaklah dalam memerhatikan dia dari jauh.

 suasana kenduri kendara dikampung yang aman damai

budak lasak berpeluh-peluh. :D

Auf bukan main suka sebab ramai kawan2. Walaupun tak sebaya , tapi atleast ade jugak yang rajin melayan dia. dekat rumah duduk sorang saje. main toys pon sorang-sorang rasa boring kot. bila dah jumpa kawan macam ni ape lagi. doniaaaa dia yanggg punya! hahaha.

Tengah explain drawing dia pada kawan-kawan

Lepas tu paksa baby noraini , 6bulan turut serta melukis ...haih. T_T


Oleh kerana zaman dah moden, urusan perkahwinan sekarang banyak disediakan oleh pihak katering. Jadi ibu-ibu, makcik-makcik boleh la melaram pakai baju cantik dihari perkahwinan. hehe. Tapi mak mertua ai adalah pembuat makanan beradab pengantin sejak dulu lagi. turun temurun tau. hehe. So walaupun takada rewang, kami sama-sama turut serta dalam program menghiasa juadah makan beradab. Aku mmg suka kalau bab hias-hias , deko-deko ni. tapi kalau bab masak kang fail la pulak kan . sebab aku masak bukan sedap pon. huhuhu.

ewah-ewah. buah tembikai hasil kerja tangan. 

:D

Dan petang tu jugak kami balik ke shah alam. penat memang penat tapi seronok sekali sekala balik ke kampung. Dan time balik mesti singgah beli air mangga madu blend tepi jalan di sekinchan. Sape-sape orang situ sure tahu. sedappp siot. Kami sempat singgah beli mentarang bakar. First time aku makan rasa sedap jugak weh walaupun mahal. -_- tak sempat ambil gambar sebab Auf mikail tidur takleh nak gerak.


ok thats all. 
Thanks for reading. :)





No comments: