Tuesday, October 18, 2011

Kedai kasut best abad ini

Sejak ada anak ni, aku macam cerewet jugaklah dalam menentukan fesyen yg anak aku gayakan( cewah ayat teratur gitu ibarat menabur janji palsu) , lagi-lagi dalam pemilihan kasut. Kalau ikutkan aku, nak je semua koleksi kasut Auf aku nak beli adidas. biar pape asal bergaya.

tapiii,
aku kadang kala ukur jugak baju kat badan sendiri. So kadang kala terpaksa jugak layan kasut-kasut jalanan seperti cap-cap ayam dipasaran. 

tapiii lagii,
Kedai kasut ni bukan lah cap ayam sangat. kedai kasut ni memang best gaban. dah le kasut dia stylo, harga ok-ok la , tapi takde la sampai kopak poket mak bapak. tapi janganlah compare harga dengan uptown downtown tu kan. sejak aku masuk kedai ni masa dia mula-mula bukak dulu , aku dah terpesona. bukan dengan kasut hot mama je. dengan kasut anak-anak nya cantik-cantik belaka. lagi-lagi kasut girl. T_T

serius tahap geram.

Payless shoes...i likee... :)
Kasut mak budak disusun pon cantik je memanggil-manggil gitu. hahaha


dan yang ni paling geram.
Kasut tahap kecik gila tp design dah macam orang dewasa. Kasut besar tapak tangan aku je dah harga sama dengan kasut mak budak. Ok, yang ni mahal la kot.


geram kan??? kann?


tapi apakan daya, kasut bukan nak tukar hari-hari pon kan.


:)

6 comments:

Unknown said...

yaya..... kat mana ek kedai tu???
best nyer..

misha.w said...

kalau sha pergi sini cnfrm sha gile. uhuhu

yaya+frdz+auf said...

dekat sunway pyramid. :)

xeea said...

My favorite too! Masuk dlm ni jadik juling. hee

FAD RMLN said...

sunway pyramid? ok, nak terjah. hahahaa. kite mmg suka kasut budak yg xmcm kasut budak ni.

syarina azreen said...

murah murah gak..just make sure no pig lining.hehehe