Monday, November 28, 2011

Hello kembali :)

Dah lama rasanya tak update blog. Tak terkejar rasanya dengan kerja office dan kerja part time kat rumah tu. Balik-balik siap segala kerja , buat design tengok2 jam pon dah pukul 2pagi. Lama-lama jadi zombie...ewahh..pantun 2 kerat lah pulak . :)

Kadang kala banyak juga benda menarik yang nak share tapi apekan daya. Last week auf warded lagi dalam 5hari. dan this week pula hubby pulak yang warded. Sedih , kelam kabut , keliru semua ada. tapi, aku kena lah kuat sebab aku isteri dan bonda. Kena cergas, dan kuat semangat. 

So far everythings under control. HUbby pon dah samakin pulih. bayangkan menggigil aku drive 130km/jam nak pergi ambil dia di office yg tengah kesakitan. aku keluar office tanpa signage bos dan redho ape2 terjadi pada kerjaya aku.Sebab aku rasa Allah tolong orang yang benar. Dan saat macam tu suami lagi memerlukan aku disisi kan. 

Aku terlalu sayangkan keluarga aku. 

ok. done with kisah sedih-sedih.

Auf pon bulan depan dah nak masuk 2tahun. Rasa sekejap sangat masa tu berlalu. Rasa dah besar dah anak bonda. DIa biasa lah, lagi dah nak besar ni lagi lah lasak kan. Dah pandai macam-macam, cuma cakap je belum faham sangat lagi.
Panggilan dia kat aku sama lagi lah. Ape lagi ..."nen" lah. Aku dah jadi tak malu dah tau. Last week masa kat hospital, nurse nak cucuk dia...dia jeritt..."nenennnnn" nurse tu tanya kat aku, "dia panggil nenek dia ke" . bergegar perot aku tahan gelak ok. hahahha. 

satu lagi situasi kalau pagi-pagi nak pergi kerja. Aku salam lah dia kan, then aku cakap " bye auff...bye sayang" nanti dengan muka selamba cakap "bye nen..." sambil tutup pintu. Hahaha. Kelaka ok.

oklah. ade urusan sikit ni. saja je tulis sikit dekat blog sebab rasa rindu nak update betul2 tapi takde masa. kite ni betul2 blogger lah kalau rindu blog sendiri. hahahhahaha. :P

:)

Thursday, November 10, 2011

I miss you so much

Bonda bz lah kebelakangan ni. And i miss u so much boy! Promise to take u somewhere bila bonda dah free.

latest picture , almost 2 years old. :)



Love,
Bonda

Friday, November 4, 2011

Auf dan rambut keritingnya

Rambut Auf memang keriting. Keriting disini bermaksud keriting yang sangat keriting. Kusut. Mula-mula ayah auf memang tak dapat terima kenyataan rambut anak dia kerinting macam dia. Dia cakap susah, tak ensem , tak best. Mungkin bagi view dia lelaki rambut lurus akan lebih hot kot. Sebab tu masa zaman remaja dia , dia sanggup beli pelurus rambut wella untuk meluruskan rambutnya. Cerita ni pon aku tahu dari adik ipar. :P

Tapi aku suka ape rambut keriting. Aku suka Auf rambut keriting. Walau nampak macam serabut atau kusut tapi biarlah kan. Kata awan nano. Kenalah kusut-kusut kembang-kembang gitu. Hehehe.

Tapi, ahad lepas segalanya telah berubah.

Aku bawak auf ikut ayahnya ke kedai gunting mamak. Mula-mula nak suruh mamak tu trim je ape yang patut. alah, trim yang gulung-gulung tu je. Sekali, hambikkk kau. Dengan selambe dia potong ikut suka dia. Dia tak faham aku cakap ke atau aku yang tak faham dia cakap ni ?

 sebelum potong

Tapi auf ok. steady je bila mamak tu potong rambut dia. tak nangis langsung. Duduk diam-diam lepas tu cakap "otongg...otongg" (potong-potong). Hahaha. Nampak sangat merelakan pemotongan itu berlaku. 

tapi muka nampak macam tak rela kan? :P

Lepas tu kiteorang jumpa kawan pergi buat photoshoot. Pergh dah macam artis potong rambut dua tiga kerat nak photoshoot bagai. haha. takde la. Bukan aku pon, aku just rekemen kawan pergi photoshoot kat member aku so last-last tu tumpang la bergambar sekali kan.

Nak tengok hasilnya. 

no more kembangness. Cuma tinggal jambul didepan tu saja. 

 sayang anak bonda


ok dah sikit-sikit je lah. Kang banyak-banyak gambar buhsan pulak kan. :P

Selamat Hari Raya Haji


:)