Wednesday, December 14, 2011

Auf , almost 2 years old

Hai , dah lama tak update blog kan. Sejak kebelakangan ni mmg sibuk sangat lah. Sibuk membuat anak  orang lain gembira. hehe. Yelah , ape lagi.... sibuk buat bisnes aku tula. Alhamdullilah, ade rezeki lebih untuk aku, cikmok dan tentunya Auf mikail.

Lagi dua minggu Auf mikail anak bonda nak masuk 2tahun. Dah makin tinggi, bijak , suka buat lawak, pandai menjawab pon iye jugak. Kadang naik geram , dan cium dia puas-puas sebab mulut kecoh bising dia tu. :P

Obsession dia masih lagi terhadap 'football' dan yang terbaru adalah segala jenis 'car'. Suka sangattt.. Dia sekarang tengah kumpul kereta mini kecik-kecik tu. Sekarang ade lah dalam 20biji. Mana tak banyak setiap kali pergi beli barang dapur dekat tesco atau giant mesti nak 'paw' bonda dia sebijik dua kereta. Ambil terus kat rak lepas tu pegang taknak lepas. haihhh. hehe.....

Yang terbaru dia paw atuk dia belikan kereta lagi 3biji. Kehulu-kehilir lah dia bawa kereta dia pergi mana-mana. Yang paling tak tahan, dia paksa bonda , ayah dan makcik pakcik dia main sekali kereta tu.

Redho jelah makcik & pakcik dia layan si Auf ni ha. Hahaha. Nasib lah korang ade anak saudara macam ni. hehehhehe. :P

Dan selain dari tu, sejak nak jadi budak umur 2tahun ni , dia suka main sorok-sorok kalau pergi shopping. Pernah satu hari tu , berpeluh aku cari dia, aku dah nak nangis dah mase tu dok cari dia dalam kedai tu. Rupanya dia duduk bawah baju-baju gantung tu diam-diam. Ya Allah... semput mak nak cari kamu.


Itulah anak bonda yang sorang ni ha. Kadang-kadang geram , kadang-kadang rasa rindu sangat dengan dia. Tapi yang pasti, sampai sekarang budak ni kalau tidur mesti bawah ketiak bonda. :)

and i just love that.

:)

4 comments:

sharEna said...

makin somel si auf neh. da big boy dah...gud...gud...

nanonano said...

dah bujang pun still tido bwh tiak bonda yer auf,
xpe ade geng, mika :p

ddjfr said...

comelnya auf ni.

misha.w said...

makin adorable si bujang ni.

tp kalau sorok2 hilang tu, mmg cuaklah. kalau kita dah lemah kaki. huhu