Friday, December 30, 2011

Hope 2 Walk

Bukan semua orang bernasib baik macam kita kan. Aku taknak ulas apa-apa cuma aku sampaikan ni sekadar ingin membantu mana yang patut. Nanti aku rasa regret kalau aku berdiam diri aje kan.



Mungkin ada yang dah tahu, mungkin ada yang belum. Aku tahu pon haritu lepas keluar kat MHI pagi-pagi wardina cerita. Dan nak tahu tak...lepas berita tu keluar TV. Adik annissa dah pergi menghadap Allah. Aku sampai office dapat berita tu , aku rasa sayu sangat. Entah kenapa sedangkan aku tidak mengenali mereka.

Kutipan masih diteruskan sekarang untuk adiknya , annur. Jumlah kutipan baru mencecah RM75,000. Aku rasa kalau sorang sumbang RM1 , rakyat malaysia ade 27,565,821 orang. Korang rasa boleh tak? Jangan lah artis tangkap basah nak kawin sumbangan raffessia bagai tapi kalau benda macam ni semua senyap aje. Kenapa? Sebab takde nama kah?

Aku bukan nak emo, atau tunjuk baik. Tapi berfikiran dengan meletakkan diri didalam situasi mereka. 
Aku dah laksanakannya. Anda bila lagi. Ayuh kawan-kawan. Rm1 pon jadilahhh....


No comments: