Monday, March 12, 2012

Kisah hari sabtu & ahad

Sabtu ahad haritu mmg sibuk sekali. Penat sebab ade occasion yang perlu diprepare. Yelah, rezeki jangan ditolakkan. So ambil lah peluang setup candy's buffet untuk dua majlis yang jatuh pada sabtu dan ahad. itu pon ahad dah tak larat dah sebab xberapa sihat so handle by my partner cik puan suria. Hehe. Thanks kak suria! Aku rasa too tired, bukan sebab setup tu. tapi sebab dah berminggu-minggu bergelumang dengan Pc, design dan printing stuff. Gila ahh...tidur kol 2-3pagi serius badan lesu beb kalau hari2. Takpelah, demi nak cari rezeki kan. Nanti ade duit bonda bawak Ayah dan Auf jalan ye. That time kite enjoy our family time gila2... abiskan duit bonda! hahahaha..... :)

Berbalik pada hari ahad. aku totally get pissed off. Seriusly.Dah le tak sihat, penat dan sebagainya. Sekali auf kan macam nak ambil perhatian aku kan, aku tak perasan dia ambil hard disk aku sekali baling jauhhhhh...jauhhhh.... tersentap aku ok! terus aku lari ambil sambil tangan aku lepuk dia sekali. Dia menangis. Aku rasa bukan sebab sakit kena lepuk, tapi sebab dia terkejut aku sergah dia. Serius kuat suara aku. Dan aku duduk depan dia dan nangis beriya-iya. =( seraya dalam hati berkata "whyyy A'uf...whyyyyy" cewah, macam drama pulak.

Bukan ape, aku ok lagi tau kalau handphone kena baling. Tapi ini hard disk aku macam2 kerja ade dalam tu. Dari zaman tok kaduk lagi. Kerja office lama, macam2 lah. Tapi bukan salah dia pon. Tapi sedih tetap sedih. Satu hari aku emo pasal hard disk tu ok. Naseb ok.
Bila dia tidur, sedih pulak aku tengok muka dia. Siann...sape tak sayang anak wehh

Ahad tu jugak aku setup candy buffet kawan aku ni. Oklah, as long as semua orang happy kan. Aku angkut auf sekali pergi sana. Naseb ade adik pengantin tolong jagakan Auf. Dapatlah bonda buat kerja dengan aman. Oklah tu aje nak bebel.




cara paksa anak cakap i love u.
korang boleh paksa pasangan korang juga. :)


:

1 comment:

wardah @ fie shah said...

Yaya buat semua ni? Bestnyaaaa..