Wednesday, January 16, 2013

Kelantan Delights Subang Jaya

Siapa suka makanan kelantan angkat tangan? hehe. aku ni takde la suka sangat kot. Yang paling aku tahu dan paling suka pon Nasi kerabu je la even warna dia biru2 gitu. Sebab first time makan beli kat pasar malam dekat rumah, sekali makan rasa sedapnyaaa lahai. 

Kali ni tiba-tiba bos nak belanja makanan kelantan sempena kami-kami yang bekerja keras pada annual dinner yang lalu. Mana tak nye, kami2 ni semua committee tak dapat makan pada hari kejadian sebab sibuk uruskan majlis. Aku lagi lah, dengan membuyong nya, kena jaga camera dan photo booth session. Amik gambar orang sampai tak makan. Sebab lapar sangat time tu, sempat makan donut sejuk tak tahu sape punya. sadis.

Now , time untuk balas dendamm.... ngeh..ngeh..ngeh...

Kelantan Delights Subang Jaya
Sebelah dengan subang prade, berdepan dengan empire subang

Semua perempuan. :)

Mak yong mata panda T_T


Nasi kerabu daging bakar
rate sedap : 7/10
daging bakar dia lembut. tak liat langsung. cecah pula dengan sambal air asam dgn budu. perghhhh...

Brokoli oyster . 
rate sedap : Sedapppp gila
RM14.00

Asparagus belacan
rate sedap : 9/10
Sebab aku suka sayur so mmg sedap lahhh
Rm14.00

Line of dessert yang kami order
sotong pulut, pulut mangga, lompat tikam dannn pisang sira (takde dalam gambar)
aku rasa setiap satu sebab banyak yang first time makan
paling sedap is sagu gula melaka :)

*meleleh air liur*

Ok cukuplah gambar foodporn yang disebarkan disini. nanti ade orang mengidam terutama rakan-rakan mak yong diluar sana. kekeke. Disebabkan harga dia agak mahal, so korang jika sekali sekala nak buat surprise birthday untuk hubby/wife and celebrate anniversary atau nak candel lite dinner whatsoever , korang boleh la booking di
Mention awal2 korang nak space untuk korang berdua je boleh jugak. Diaorang boleh kasik settle. Cuma jangan harap la ade pemain violin datang gesek violin time korang makan kan. 


:)

4 comments:

fiqkbe said...

teringin lak nk mkn sotong pulut tu. erm nyum3...

KAK RAINBOW said...

wow semuanya nampak sedap

phat_lee said...

haduyai... tetiba rasa nak balik Kelantan pulak. Nasi Berlauk Kak Wok, Nasi Kerabu Daging Bakar Ketereh, Akok Pulau Enggang, Coconut Shake, Laksam, Nasi Kukus Haiqal...


Sila la google semua benda yang aku sebut tu. hehehehe...

yaya+frdz+auf said...

figkbe : memula aku macam pelik sbb sotong dalam dia pulut, sekali makan. sedap jugakkk hoi. haha

nurul : sedappp...harga pon sedap. :)

phatlee: ko sengaja kan... kang aku mengidam kang parah laki aku kena g kelantan. hahaha